MY FOLLOWERS

Friday, May 17, 2013

Tidur dan Istirehat




Tidur dan Istirehat  


Tidur adalah proses fisiologi yang normal, bersifat aktif, teratur dan berulang. Selain itu, tidur juga merupakan suatu fenomena yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia. Apabila kita kurang tidur, otak boleh berubah secara tidak terkawal yang menjadi punca utama kegagalan terhadap konsentrasi atau tumpuan mudah hilang.

Ingin saya kongsikan sedikit info yang amat berguna kepada pembaca sekalian kerana tidur kebiasaan menjadi rutin utama kita... hi3. 

Jangka Waktu Tidur yang Menyihatkan 

Point yang pertama adalah jangka waktu tidur yang menyihatkan. Pada pendapat anda, berapa jam masa ideal bagi individu itu tidur? 6 jam atau 8 jam? Jawapan anda 8 jam. MasyaAllah, lamanya. Tetapi, adakah anda tahu bahawa individu yang biasa tidur 8 jam memiliki risiko kematian yang lebih cepat berbanding mereka yang tidur 6 hingga 8 jam sehari yang ternyata memiliki umur yang lebih panjang. Fakta ini telah dikaji oleh ahli psikiatri dari Universiti California, Daniel E Kripke. Beliau melakukan penelitian menarik mengenai jangka masa tidur individu yang dikaitkan dengan angka kematian dan kajian ini dilakukan di Jepun dan Amerika Syarikat selama 6 tahun dengan responden yang berusia 30-120 tahun. 

Sunat Tidur Siang Sejenak 

Point kedua yang menarik adalah sunat tidur siang sebentar atau dinamakan 'qaululah' . Ketika menjelang waktu zohor, Rasulullah selalu tidur siang sejenak. Tidur sekejap ini dapat memberi kepuasan dan ketenangan pada tubuh badan yang sudah penat lelah bekerja dari sepanjang pagi. Selain itu, dapat memberi tenaga baru kepada tubuh untuk bergerak dengan cergas. Tidur singkat yang dimaksudkan oleh Rasulullah adalah sebagai simpanan. Anda direkomenkan tidur sejenak sekitar 15-20 minit supaya bertenaga untuk meneruskan kerja selepas mendapat rehat yang berkualiti. 

Masa tidur yang dilarang

Tidur pada waktu pagi selepas solat Subuh, pada waktu petang selepas solat Asar dan tidur selepas makan adalah amalan-amalan buruk. Suatu ketika dahulu, Ibnu Abbas pernah melihat anaknya tidur pagi, beliau berkata kepada anaknya itu, 

"Apakah kamu tidur pada saat rezeki dibahagi-bahagikan?"

Selain itu, Rasulullah pernah berkata,"Janganlah kalian tidur selepas makan kerana ini menyebabkan hati menjadi keras."

Pada ekstrem yang lain, tidur selepas makan malam boleh membawa kepada kegemukan atau obesiti. 

Posisi Tidur Rasulullah yang Sihat 

Tidur ke arah kanan adalah posisi yang baik di mana paru-paru kiri yang lebih kecil daripada sebelah kanan memberi tekanan yang sangat kecil kepada jantung. Manakala jika tidur mengiring ke sisi kiri boleh menyebabkan jantung menjadi tertekan oleh paru-paru kanan. Paru-paru sebelah kanan adalah pariu-paru yang lebih besar dan posisi mengiring ke kiri boleh mempengaruhi kontraksi jantung. Maka, elakkan dari tidur mengiring  ke sebelah kiri. 
Selain itu, Rasulullah tidur dengan mengiringkan tubuhnya ke arah kanan, sambil berzikir kepada Allah sampai matanya terasa berat. Apabila mahu tidur baginda berdoa; " Ya Allah, dengan namaMu, aku hidup dan mati," 

Ketika bangun baginda berdoa; Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami kembali."

p/s: moga input yang dikongsikan bermanfaat kepada rakan-rakan. Amalkan cara tidur yang betul dan sihat. Selamat beramal.
  

  









No comments:

Post a Comment