MY FOLLOWERS

Wednesday, December 14, 2011

Susahnya Mengungkap kemaafan




“Maaf” adalah satu ungkapan yang ringkas tetapi susah untuk bermain di bibir manusia yang memang tidak lekang dengan kesilapan , samada sesama manusia mahupun Pencipta Agung. Bukankah ungkapan tersebut melembutkan hati si pendengar walaupun dalam keadaan amarah yang menguasai diri, ia diibaratkan seperti melembutkan tanah yang keras.

Kadang-kadang manusia sangat ego untuk hanya menyebut perkataan maaf ,mungkin dia akan rasa teruk sangat ke aku?, apa salah aku?, kenapa aku yang kena minta maaf? Banyak sungguh persoalan yang bermain di minda. Ketahuilah dengan menyebut perkataan maaf, dapat menyenangkan hati dan fikiran. Bagi yang mudah memohon maaf, dia adalah seorang pemilik hati yang sabar, lemah lembut dan ketaatan yang tinggi kepada Allah.



Dalam konteks seorang hamba, dia mempunyai waktu meluahkan rasa cinta dan rasa bersalahnya sebagai seorang hamba. matanya mengalirkan mutiara-mutiara jernih dengan hanya menyebut ampunilah hambaMu ini, Air mata yang mengalir dapat mebersihkan jiwa yang dikotori dengan dosa dan nista. Kerana itulah kita digalakkan beristigfar tanpa mengira masa, paling kurang pun, beristigfarlah seusai menunaikan solat, lafaz yang membawa maksud ampunilah daku sangat kena dengan diri sebagai seorang hamba.

Begitu juga, kemaafan kepada manusia sangat dituntut kerana ia akan melahirkan rasa kasih sayang yang berpanjangan. Cuba kita renungkan , berapa kali kita telah meminta kemaafan terhadap kedua ibu bapa kita ? adakah apabila tibanya hari raya atau tibanya sangat kematian? Klu itu yang anda fikirkan, anda silap ! Sebenarnya kemaafan yang mesti diungkapkan kepada ibu bapa kita adalah setiap hari. Kita hamba yang lemah, yang banyak kekurangan , perlunya meminta maaf kerana kekurangan yang ada, mungkin kita tidak sedar hatinya terguris atau terluka. Jangan lah menunggu waktu kerana kita tidak mengetahui apa yang bakal terjadi.

Yang bersalah, wajarlah untuk dia memohon maaf dan melakukan anjakan paradigma untuk berubah dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ayuh, jangan kita tangguh lagi, mohon maaflah kepada yang kita sakiti dan berilah kemaafan kepada yang meminta. Contohilah kekasih Allah , Muhammad s.a.w seorang suka memohon maaf dan memaafi. Mulianya kemaafan.

Friday, October 7, 2011

KELEBIHAN BANGUN PAGI


DAPAT BERSENAM

menghirup udara segar pada pagi hari dapat memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. dengan sedikit masa walaupun sekadar lima minit untuk bersenam, boleh menjadikan tubuh badan lebih bertenaga.

BERSARAPAN AWAL

bersarapan pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang mesti dilakukan. dengan bersarapan, tenaga dapat dijana untuk bekerja, belajar dan berfikir. selain itu, sarapan merupakan cara berdiet yang betul dan mampu mencegah kegemukan.

EMOSI YANG STABIL

cuba kita lihat, kebanyakan pekerja terlewat ke tempat kerja kerana bangun lewat. kesudahannya mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kemudian terlewat samapi ke tempat kerja dan dimarahi pihak atasan. hasilnya, emosi akan terganggu sepanjang tersebut.

DAPAT MENYELESAIKAN KERJA DENGAN SEGERA

bagi seorang ibu yang bekerjaya, bangun awal pagi memberi ruang masa yang lebih untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian, memasak dan membuat sarapan untuk suami dan anak-anak. bagi seorang pelajar, dengan bangun awal mereka boleh mengulang kaji pelajaran. begitu juga bagi suami yang bangun awal dapat mengejutkan isteri dan anak-anak untuk solat subuh secara berjemaah.

MENYAMBUT HARI BARU

diberikan keizinan untuk memulakan hari baru ialah nikmat yang ternilai harganya. bayangkan seandainya kita tidur panjang dan selama-lamanya? maka bersyukurlah dikurniakan hari baru dengan memulakan hari pada awal pagi lagi.

PRODUKTIVITI KERJA LEBIH BAIK

dengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan, maka ia mampu memberikan hasil kerja yang lebih baik.

Wednesday, May 4, 2011

TANDA-TANDA HUSN AL-KHATIMAH



Perkongsian pada kali ini berkaitan dengan husn al-khatimah.Sudah pasti setiap Muslim mengimpikan kematian dalam iman(kesudahan yang baik).Tetapi husn al-khatimah perlulah diusahakan dari awal usia kerana mati itu bila-bila masa sahaja.

Antara tanda-tanda husn al-khatimah ialah :

1. Diakhiri dengan lafaz syahadah
daripada Mu'az r.a bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimaksudkan ke dalam syurga." (riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

2. Dahinya berkeringat
Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata: "Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda (maksudnya):'Matinya seorang Mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (riwayat Ahmad, al-Nasa'i, al-Tirmizi, Ibn Majah dan lain-lain)

3. Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pasa malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya daripada seksa kubur".(riwayat Ahmad)

4. Mati dalam keadaan sedang melakukan ibadah seperti mati ketika sedang solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.

5. Pujian daripada orang Islam terhadap si mati.
Ya Allah,jadikan kami antara hambaMu yang mendapat Husn al-khatimah..amin..



Monday, March 14, 2011

~Keistimewaan Wanita~

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita sebenarnya banyak keiatimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda

wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di

dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu

terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan

baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan

ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya

diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT