MY FOLLOWERS

Saturday, November 6, 2010

HIDUP BERSAMA SEPERTI LEBAH




Madu lebah bukan sahaja enak dirasa malah sangat berkhasiat. Hal ini bukan sahaja dia akui oleh pakar-pakar kesihatan, malah diperakui di dalam al-Quran. Manusia dapat belajar daripada haiwan kecil yang menghasilkan madu ini.Belajar daripada lebah.

Lebah tidak pernah hidup bersendirian.Ia adalah binatang yang hidup secara berkumpulan. Ertinya lebah mengamalkan hidup saling bekerjasama dan bantu membantu. Dalam sebuah sarang lebah , kita lihat ada pelbagai tugas dilaksanakan oleh lebah-lebah yang khusus. Masing-masing memberi sumbangan yang berguna untuk manfaat bersama. Tiada perebutan , pergaduhan , atau permusuhan.

Inilah yang kita dapat pelajari daripada sikap lebah. Sentiasa hidup bersama dan saling bekerjasama. Inilah hidup bermasyarakat namanya. Kita tidak boleh sekali-kali hidup secara memencilkan dir
i. Perlu bergaul dan berinteraksi dengan saudara-mara, teman, jiran , rakan sekerja , rakan sekuliah dan kenalan. Perlu membina hubungan 'menang-menang' dengan rakan niaga , rakan seorganisasi, malah dengan semua orang dalam sebuah keluarga, masyarakat dan negara.

Dan apabila hidup berkumpulan, setiap orang mesti memberi sumbangan. Setiap orang tidak harus mementingkan diri. Jaga perpaduan dengan menyumbangkan tenaga, masa dan wang ringgit demi menguatkan kumpulan, organisasi atau masyarakat kita.

Perhatikan di mana lebah hinggap. Lebah akan hinggap di atas bunga-bunga, pucuk-pucuk daun atau putik-putik buah. Pendek kata, lebah akan hinggap di tempat yang bersih, segar dan harum. Dari situlah lebah mengutip saripati bunga, buah dan pucuk untuk dibawa ke sarangnya dan kemudian diproses menjadi madu.

Cari tempat yang baik
Sekali lagi kita boleh juga belajar daripada sifat istimewa lebah yang satu ini. Yakni, kita mesti mencari, berhenti, berkunjung atau berehat di tempat-tempat yang baik dalam hidup sehari-hari. Cari tempat yang baik, bersih dan selamat - di masjid, di majlis ilmu, di tempat-tempat yang ada aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan, atau di mana sahaja yang ada kebaikan di situ. Sebab itulah Rasulullah SAW menyarankan agar apabila kita hendak mencari rumah untuk didiami, carilah rumah yang dikelilingi oleh jiran-jiran yang baik. Kawasan kejiranan yang baik, bersih dan selamat itulah 'bunga' , 'buah' dan pucuk yang baik bagi lebah.

Apabila kita singgah di tempat yang baik , kita hendaklah membawa pulang kebaikan itu ke rumah kita . Hasil bergaul dan berinteraksi dengan jiran-jiran yang baik misalnya, kita dapat membawa pulang tempias kebaikan itu ke rumah. Seperti lebah yang memproses saripati bunga menjadi madu, manusia dapat berkongsi ilmu, iktibar, pengajaran dan pengalaman bersama keluarga atau sahabat handai apabila tiba di rumah. InsyaAllah, ilmu dan segala kebaikan itu akan berkembang.

Kita akan mendapat manfaat yang banyak hasil perkongsian ilmu dan pengalaman. Selain daripada mendapat pahala kerana menyampaikan kebaikan, kita juga dapat mempertajamkan lagi kefahaman dan penghayatan ilmu itu. Kebaikan tidak akan habis apabila disebarkan, bahkan akan bertambah. Apa yang kita berikan akan kembali kepada kita, selalunya dalam bentuk yang lebih baik dan lebih banyak .InsyAllah

Ya, dalam hidup bermasyarakat, kita perlu singgah di t
empat yang baik dan menyebarkan kebaikan.

JADILAH SEPERTI LEBAH !

Friday, June 25, 2010

RENUNGKANLAH, PENDEKNYA UMURMU !





Andai kata engkau berumur seratus tahun sekalipun, maka umurmu itu pendek jika dibandingkan dengan masa hidupmu kelak di akhirat yang abadi, selama-lamanya.

Cuba renungkan, agar dapat istirehat selama 20 tahun, dalam 1 bulan atau 1 tahun engkau sanggup menanggung berbagai beban berat dan kehinaan di dalam mencari duni. Tetapi mengapa engkau tidak sanggup menahan beban ibadah selama beberapa hari demi mengharapkan kebahagiaan abadi di akhirat nanti?
Jangan panjang angan-angan, engkau nanti berat untuk beramal. Yakinilah bahawa tidak lama lagi engkau akan mati. Katakanlah dalam hatimu:" Pagi ini aku akan beribadah meskipun berat, siapa tahu nanti malam aku mati. Malam ini aku akan bersabar untuk beribadah, siapa tahu esok aku akan mati."

Sebab kematian tidak datang pada waktu keadaan dan tahun tertentu.Yang jelas ia pasti datang.Oleh kerana itu, mempersiapkan diri menyambut kedatangan maut lebih utama dari memepersiapkan diri menyambut dunia. Bukankah kau menyedari betapa pendek waktu hidupmu di dunia ini? Bukankah boleh jadi ajalmu hanya tersisa satu tarikan dan hembusan nafas atau satu hari?

Setiap hati lakukanlah hal inidan paksakan dirimu untuk sabar beribadah kepada Allah. Andai kata engkau ditakdirkan untukhidup selama 50 tahun dan kau biasakan dirimu untuk sabar beribadah, nafsumu tetap akan memberontak. Tetapi ketika maut menjemputmu kau akan bahagia selama-lamanya.
Tetapi jika engkau tunda-tunda dirimu untuk beramal, dan kematian datang di waktu engkau tidak sangkakan, maka engkau akan menyesal dengan penyesalan yang tidak berpenghujung..

RENUNGKANLAH....


Sunday, June 6, 2010

BAGAIMANA MENJADI SEORANG YANG AMANAH

ANDA MESTILAH MENYEMPURNAKAN SEMUA AMANAH SEPERTI BERIKUT:

  • BERPEGANG TEGUH DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM
  • MENJAGA ANGGOTA DARIPADA MELAKUKAN MAKSIAT KEPADA ALLAH
  • MENJAGA HAK ORANG LAIN SEBAIKNYA DAN MEMULANGKAN KEMBALI KEPDA EMPUNYA APABILA DIHAJATI
  • TEKUN DALAM SEBARANG PEKERJAAN
  • TEGUH DALAM MENJAGA RAHSIA INSAN LAIN
  • JIKA ANDA TIDAK MAMPUMENUNAIKAN AMANAH, BERITAHU AWAL-AWAL. JANGAN MENGATAKAN YA KEPADA SESUATU YANG TIDAK DAPAT ANDA LAKSANAKAN