MY FOLLOWERS

Wednesday, December 30, 2009

DIA KEKASIH ALLAH


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

# aku rindukan kekasih Allah #

Friday, June 12, 2009

KEMANISAN IMAN

Hadis Anas r.a: Nabi s.a.w bersabda: Ada tiga sifat
yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan
iman:
Seseorang yang menyintai Allah dan RasulNya
lebih daripada yang lain, menyintai seseorang
hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada
kekafiran selepas Allah menyelamatkannya dari
kekafiran itu sebagaimana dia juga tidak suka
dicampakkan ke dalam Neraka.

Dalam Hadis diatas Rasulullah menegaskan bahawa
seseorang boleh
merasai kemanisan iman apabila dia melakukan tiga
perkara.:


Yang pertama:menyintai Allah dan Rasulullah S.A.W.
lebih daripada yang lain,ini bermakna meletakkan rasa
kasih dan cinta kita yang pertama hanya pada Allah
dan Rasul-Nya, bukan kepada yang selain
daripadanya.

Yang kedua:mengasihi dan menyintai seseorang hanya
kerana Allah, ini diertikan sebagai kita hendaklah
mengasihi dan menyintai seseorang hanya kerana
Allah, mengasihinya dapat menambah ketaqwaan kita pada
Allah dan dengan mengasihinya merapatkan diri kita
dengan Allah.

Yang ketiga:merasa benci untk kembali pada kekafiran
sepertimana benci dirinya dicampakkan ke dalam api
neraka.Ini bermakna kita hendaklah merasa benci
dan tidak suka diri kita kembali melakukan
perkara-perkara buruk dan maksiat sepertimana kita
benci diri kita dicampakkan ke dalam api neraka....

=====
Bersabda Rasulullah SAW:
"Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpulkan
kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga ia memperolehi
redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang
dipengaruhi oleh dunia, sehingga ia terhalang dari amalam
untuk akhiratnya dan lalai untuk memperolehi redha Tuhannya.
(Riwayat Al-Hakim)

Thursday, March 26, 2009

PERLUNYA ISTIGHFAR MENYAPU BERSIH SEGALA DOSA.

#Pengertian Istighfar#
Istighfar ialah mencari keampunan daripada Allah Taala dan mengusahakan pembersihan daripada dosa dan agar Allah tidak mengambil tindak balas terhadapnya.samada Dia meninggalkan celaan dan balasan (seksaan) sebagai tindakan dasar atau sesudah seseorang (yang berdosa) mengakui kesalahannya (bertaubat) terhadap dosa yang berlaku antaranya dengan Tuhannya.
Mencari keampunan kadang-kadang menerusi kata-kata atau perbuatan kerana sesungguhnya keampunan itu ialah memelihara daripada keburukan dosa.

Makna Istighfar
1.اسلام(penyerahan diri)
sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dan Allah tidaklah sekali-kali akan menyeksa mereka selama
engkau (nabi muhammad) berada dikalangan mereka dan tiadalah pula Allah akan menyeksakan mereka,
sedang mereka menyerah diri." (An-anfal:33)

2.الدعاء(doa atau memohon)
menurut segolongan ilmuan
"Maka setiap doa yang memohon keampunan,maka dia ialah istighfar."

3.التوبة(taubat)
Taubat bermaksud kembali dan menuntut terpelihara daripada kejahatan yang di ketakuti pada masa akan datang disebabkan amalan-amalan jahat.
Maka istighfar adalah seperti taubat juga iaitu mencari keampunan daripada Allah, sedang Dialah yang menghapuskan segala dosa dan menghilangkan kesannya serta memelihara daripada keburukannya.

Demikianlah makna-makna lain bagi perkataan Istighfar.Banyakkanlah beristighfar, semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang lalu samada secara sengaja atau tidak sengaja.