MY FOLLOWERS

Thursday, March 26, 2009

PERLUNYA ISTIGHFAR MENYAPU BERSIH SEGALA DOSA.

#Pengertian Istighfar#
Istighfar ialah mencari keampunan daripada Allah Taala dan mengusahakan pembersihan daripada dosa dan agar Allah tidak mengambil tindak balas terhadapnya.samada Dia meninggalkan celaan dan balasan (seksaan) sebagai tindakan dasar atau sesudah seseorang (yang berdosa) mengakui kesalahannya (bertaubat) terhadap dosa yang berlaku antaranya dengan Tuhannya.
Mencari keampunan kadang-kadang menerusi kata-kata atau perbuatan kerana sesungguhnya keampunan itu ialah memelihara daripada keburukan dosa.

Makna Istighfar
1.اسلام(penyerahan diri)
sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dan Allah tidaklah sekali-kali akan menyeksa mereka selama
engkau (nabi muhammad) berada dikalangan mereka dan tiadalah pula Allah akan menyeksakan mereka,
sedang mereka menyerah diri." (An-anfal:33)

2.الدعاء(doa atau memohon)
menurut segolongan ilmuan
"Maka setiap doa yang memohon keampunan,maka dia ialah istighfar."

3.التوبة(taubat)
Taubat bermaksud kembali dan menuntut terpelihara daripada kejahatan yang di ketakuti pada masa akan datang disebabkan amalan-amalan jahat.
Maka istighfar adalah seperti taubat juga iaitu mencari keampunan daripada Allah, sedang Dialah yang menghapuskan segala dosa dan menghilangkan kesannya serta memelihara daripada keburukannya.

Demikianlah makna-makna lain bagi perkataan Istighfar.Banyakkanlah beristighfar, semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang lalu samada secara sengaja atau tidak sengaja.