MY FOLLOWERS

Sunday, July 15, 2012

PRAKTIKKAN RASA UKHUWAH SESAMA SAUDARA



Islam telah menggariskan dasar-dasar dan cara yang positif dalam usaha mempererat ikatan cinta kasih dan roh ukhuwah. Jika dasar-dasar ini dipegang teguh oleh umat Islam, maka persaudaraan itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk mencapai pengukuhan roh ukhuwah , antaranya :
1-      Menyatakan Rasa Kasih
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “ Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahu kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
2-      Saling Mendoakan
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya : “ Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan akan diterima oleh Allah s.w.t.” (Riwayat Muslim)
3-      Menampakkan Wajah Yang Ceria
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “ Janganlah engkau meremehkan apa-apa sahaja kebaikan (yang datang daripada saudaramu). Jika engkau berjumpa saudaramu, berikan dia senyuman kegembiraan.” (Riwayat Muslim)
4-      Bersalaman Apabila Bertemu
Rasulullah s.a.w. menganjurkan umatnya untuk berjabat tangan apabila bertemu dengan saudara mereka. Hal ini sesuai dangan hadis yang bermaksud : “ Tidak ada dua orang Mukmin yang berjumpa, kemudian mereka berjabat tangan melainkan kedua-dua kan diampunkan dosa-dosa mereka sebelum berpisah.”(Riwayat Abu Daud)



5-      Menziarahi
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda , Allah berfirman yang bermaksud : “ Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku, orang yang saling memberi kerana Aku, orang yang saling berhubungan kerana Aku, mereka semua berhak mendapat kasih sayang-Ku (Riwayat Ahmad)
6-      Sebarkan Salam
Rasulullah s.a.w. bersabda, ertinya : “ Hak seorang Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam : jika kamu bertemu dengannya, ucaplah salam kepadanya….” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
7-      Memberi Hadiah
Imam Dailami meriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Kerapkan saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat meneguhkan rasa cinta dan menghilangakan kekotoran hati.”(Riwayat al-Tabrani)
8-      Cakna Keperluan Saudara
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ertinya : “Sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang Mukmin di dunia, pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim pasti Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)




No comments:

Post a Comment