Islam telah menggariskan dasar-dasar dan cara yang positif
dalam usaha mempererat ikatan cinta kasih dan roh ukhuwah. Jika dasar-dasar ini
dipegang teguh oleh umat Islam, maka persaudaraan itu akan semakin kukuh. Beberapa
panduan untuk mencapai pengukuhan roh ukhuwah , antaranya :
1-
Menyatakan Rasa Kasih
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“ Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahu
kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
2-
Saling Mendoakan
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya : “ Doa
seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang
berjauhan akan diterima oleh Allah s.w.t.” (Riwayat Muslim)
3-
Menampakkan Wajah Yang Ceria
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a bahawa
Rasulullah bersabda maksudnya: “ Janganlah engkau meremehkan apa-apa sahaja
kebaikan (yang datang daripada saudaramu). Jika engkau berjumpa saudaramu,
berikan dia senyuman kegembiraan.” (Riwayat Muslim)
4-
Bersalaman Apabila Bertemu
Rasulullah s.a.w. menganjurkan umatnya
untuk berjabat tangan apabila bertemu dengan saudara mereka. Hal ini sesuai
dangan hadis yang bermaksud : “ Tidak ada dua orang Mukmin yang berjumpa,
kemudian mereka berjabat tangan melainkan kedua-dua kan diampunkan dosa-dosa
mereka sebelum berpisah.”(Riwayat Abu Daud)
5-
Menziarahi
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda , Allah
berfirman yang bermaksud : “ Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang
yang saling berziarah kerana Aku, orang yang saling memberi kerana Aku, orang
yang saling berhubungan kerana Aku, mereka semua berhak mendapat kasih
sayang-Ku (Riwayat Ahmad)
6-
Sebarkan Salam
Rasulullah s.a.w. bersabda, ertinya : “ Hak
seorang Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam : jika kamu bertemu dengannya,
ucaplah salam kepadanya….” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
7-
Memberi Hadiah
Imam Dailami meriwayatkan daripada Anas
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Kerapkan saling memberi hadiah
kerana hadiah itu dapat meneguhkan rasa cinta dan menghilangakan kekotoran
hati.”(Riwayat al-Tabrani)
8-
Cakna Keperluan Saudara
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda, ertinya : “Sesiapa yang meringankan beban
penderitaan seorang Mukmin di dunia, pasti Allah akan meringankan beban
penderitaannya di akhirat kelak. Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan
susah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang
menutup aib seorang Muslim pasti Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan
akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong
saudaranya.” (Riwayat Muslim)