MY FOLLOWERS

Friday, October 7, 2011

KELEBIHAN BANGUN PAGI


DAPAT BERSENAM

menghirup udara segar pada pagi hari dapat memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. dengan sedikit masa walaupun sekadar lima minit untuk bersenam, boleh menjadikan tubuh badan lebih bertenaga.

BERSARAPAN AWAL

bersarapan pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang mesti dilakukan. dengan bersarapan, tenaga dapat dijana untuk bekerja, belajar dan berfikir. selain itu, sarapan merupakan cara berdiet yang betul dan mampu mencegah kegemukan.

EMOSI YANG STABIL

cuba kita lihat, kebanyakan pekerja terlewat ke tempat kerja kerana bangun lewat. kesudahannya mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kemudian terlewat samapi ke tempat kerja dan dimarahi pihak atasan. hasilnya, emosi akan terganggu sepanjang tersebut.

DAPAT MENYELESAIKAN KERJA DENGAN SEGERA

bagi seorang ibu yang bekerjaya, bangun awal pagi memberi ruang masa yang lebih untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian, memasak dan membuat sarapan untuk suami dan anak-anak. bagi seorang pelajar, dengan bangun awal mereka boleh mengulang kaji pelajaran. begitu juga bagi suami yang bangun awal dapat mengejutkan isteri dan anak-anak untuk solat subuh secara berjemaah.

MENYAMBUT HARI BARU

diberikan keizinan untuk memulakan hari baru ialah nikmat yang ternilai harganya. bayangkan seandainya kita tidur panjang dan selama-lamanya? maka bersyukurlah dikurniakan hari baru dengan memulakan hari pada awal pagi lagi.

PRODUKTIVITI KERJA LEBIH BAIK

dengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan, maka ia mampu memberikan hasil kerja yang lebih baik.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah. Terima kasih. Perkongsian yang baik.

    ReplyDelete