MY FOLLOWERS

Saturday, November 6, 2010

HIDUP BERSAMA SEPERTI LEBAH




Madu lebah bukan sahaja enak dirasa malah sangat berkhasiat. Hal ini bukan sahaja dia akui oleh pakar-pakar kesihatan, malah diperakui di dalam al-Quran. Manusia dapat belajar daripada haiwan kecil yang menghasilkan madu ini.Belajar daripada lebah.

Lebah tidak pernah hidup bersendirian.Ia adalah binatang yang hidup secara berkumpulan. Ertinya lebah mengamalkan hidup saling bekerjasama dan bantu membantu. Dalam sebuah sarang lebah , kita lihat ada pelbagai tugas dilaksanakan oleh lebah-lebah yang khusus. Masing-masing memberi sumbangan yang berguna untuk manfaat bersama. Tiada perebutan , pergaduhan , atau permusuhan.

Inilah yang kita dapat pelajari daripada sikap lebah. Sentiasa hidup bersama dan saling bekerjasama. Inilah hidup bermasyarakat namanya. Kita tidak boleh sekali-kali hidup secara memencilkan dir
i. Perlu bergaul dan berinteraksi dengan saudara-mara, teman, jiran , rakan sekerja , rakan sekuliah dan kenalan. Perlu membina hubungan 'menang-menang' dengan rakan niaga , rakan seorganisasi, malah dengan semua orang dalam sebuah keluarga, masyarakat dan negara.

Dan apabila hidup berkumpulan, setiap orang mesti memberi sumbangan. Setiap orang tidak harus mementingkan diri. Jaga perpaduan dengan menyumbangkan tenaga, masa dan wang ringgit demi menguatkan kumpulan, organisasi atau masyarakat kita.

Perhatikan di mana lebah hinggap. Lebah akan hinggap di atas bunga-bunga, pucuk-pucuk daun atau putik-putik buah. Pendek kata, lebah akan hinggap di tempat yang bersih, segar dan harum. Dari situlah lebah mengutip saripati bunga, buah dan pucuk untuk dibawa ke sarangnya dan kemudian diproses menjadi madu.

Cari tempat yang baik
Sekali lagi kita boleh juga belajar daripada sifat istimewa lebah yang satu ini. Yakni, kita mesti mencari, berhenti, berkunjung atau berehat di tempat-tempat yang baik dalam hidup sehari-hari. Cari tempat yang baik, bersih dan selamat - di masjid, di majlis ilmu, di tempat-tempat yang ada aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan, atau di mana sahaja yang ada kebaikan di situ. Sebab itulah Rasulullah SAW menyarankan agar apabila kita hendak mencari rumah untuk didiami, carilah rumah yang dikelilingi oleh jiran-jiran yang baik. Kawasan kejiranan yang baik, bersih dan selamat itulah 'bunga' , 'buah' dan pucuk yang baik bagi lebah.

Apabila kita singgah di tempat yang baik , kita hendaklah membawa pulang kebaikan itu ke rumah kita . Hasil bergaul dan berinteraksi dengan jiran-jiran yang baik misalnya, kita dapat membawa pulang tempias kebaikan itu ke rumah. Seperti lebah yang memproses saripati bunga menjadi madu, manusia dapat berkongsi ilmu, iktibar, pengajaran dan pengalaman bersama keluarga atau sahabat handai apabila tiba di rumah. InsyaAllah, ilmu dan segala kebaikan itu akan berkembang.

Kita akan mendapat manfaat yang banyak hasil perkongsian ilmu dan pengalaman. Selain daripada mendapat pahala kerana menyampaikan kebaikan, kita juga dapat mempertajamkan lagi kefahaman dan penghayatan ilmu itu. Kebaikan tidak akan habis apabila disebarkan, bahkan akan bertambah. Apa yang kita berikan akan kembali kepada kita, selalunya dalam bentuk yang lebih baik dan lebih banyak .InsyAllah

Ya, dalam hidup bermasyarakat, kita perlu singgah di t
empat yang baik dan menyebarkan kebaikan.

JADILAH SEPERTI LEBAH !

No comments:

Post a Comment