MY FOLLOWERS

Wednesday, December 14, 2011

Susahnya Mengungkap kemaafan




“Maaf” adalah satu ungkapan yang ringkas tetapi susah untuk bermain di bibir manusia yang memang tidak lekang dengan kesilapan , samada sesama manusia mahupun Pencipta Agung. Bukankah ungkapan tersebut melembutkan hati si pendengar walaupun dalam keadaan amarah yang menguasai diri, ia diibaratkan seperti melembutkan tanah yang keras.

Kadang-kadang manusia sangat ego untuk hanya menyebut perkataan maaf ,mungkin dia akan rasa teruk sangat ke aku?, apa salah aku?, kenapa aku yang kena minta maaf? Banyak sungguh persoalan yang bermain di minda. Ketahuilah dengan menyebut perkataan maaf, dapat menyenangkan hati dan fikiran. Bagi yang mudah memohon maaf, dia adalah seorang pemilik hati yang sabar, lemah lembut dan ketaatan yang tinggi kepada Allah.



Dalam konteks seorang hamba, dia mempunyai waktu meluahkan rasa cinta dan rasa bersalahnya sebagai seorang hamba. matanya mengalirkan mutiara-mutiara jernih dengan hanya menyebut ampunilah hambaMu ini, Air mata yang mengalir dapat mebersihkan jiwa yang dikotori dengan dosa dan nista. Kerana itulah kita digalakkan beristigfar tanpa mengira masa, paling kurang pun, beristigfarlah seusai menunaikan solat, lafaz yang membawa maksud ampunilah daku sangat kena dengan diri sebagai seorang hamba.

Begitu juga, kemaafan kepada manusia sangat dituntut kerana ia akan melahirkan rasa kasih sayang yang berpanjangan. Cuba kita renungkan , berapa kali kita telah meminta kemaafan terhadap kedua ibu bapa kita ? adakah apabila tibanya hari raya atau tibanya sangat kematian? Klu itu yang anda fikirkan, anda silap ! Sebenarnya kemaafan yang mesti diungkapkan kepada ibu bapa kita adalah setiap hari. Kita hamba yang lemah, yang banyak kekurangan , perlunya meminta maaf kerana kekurangan yang ada, mungkin kita tidak sedar hatinya terguris atau terluka. Jangan lah menunggu waktu kerana kita tidak mengetahui apa yang bakal terjadi.

Yang bersalah, wajarlah untuk dia memohon maaf dan melakukan anjakan paradigma untuk berubah dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ayuh, jangan kita tangguh lagi, mohon maaflah kepada yang kita sakiti dan berilah kemaafan kepada yang meminta. Contohilah kekasih Allah , Muhammad s.a.w seorang suka memohon maaf dan memaafi. Mulianya kemaafan.