" Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya ialah orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam."
MY FOLLOWERS
Saturday, January 5, 2013
POSITIF DI SEBALIK MASALAH
Manusia tidak pernah lari daripada masalah sama ada kanak-kanak, remaja , mahupun dewasa . Masalah yang menimpa berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing .
Namun, perkara yang ingin ditekankan ialah cara menangani masalah tersebut, Banyak kes yang berlaku kini, ramai yang mengambil jalan mudah untuk meredakan tekanan dengan cara membunuh diri. Tiada syurga buat hamba Allah yang membunuh diri. Ada juga yang terlibat dengan masalah sosial terutamanya golongan remaja.
Apabila kita memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan misalnya, tidak melayakkan diri kita mendapat tawaran mana-mana universiti. Hal ini menimbulkan rasa sedih, tambahan pula jika kita sudah berusaha sehabis baik tetapi keputusan yang diperoleh tidak memadai. Sedarlah bahawa ketika itu Allah sedang menguji dan ujian tersebut bukanlah sesuatu yang tidak mampu kita tangani.
SERAH KEPADA ALLAH
Mari kita berfikir secara positif, kita tidak memperoleh keputusan yang baik kerana itu mungkin akan menimbulkan perasaan riyak. Ya, kita tidak tahu apa yang terbaik untuk masa hadapan kita. Maka serahkan sahaja urusan menentukan kehidupan tersebut kepada Allah.
Seperti yang diceritakan dalam surah al-Kahfi, ayat 66 hingga 82 iaitu kisah pengembaraan Nabi Musa a.s bersama Nabi Khidir. Dalam pengembaraan tersebut, mereka telah membuat perjanjian supaya Nabi Musa tidak boleh mempersoalkan setiap perbuatan Nabi Khidir. Ada suatu ketika Nabi Khidir telah membunuh seorang anak kecil. Pada akhir pengembaraan sebelum mereka berpisah, Nabi Khidir berkata kepada Nabi Musa : " Anak itu apabila besar nanti akan menjadi seorang anak yang derhaka kepada ibu bapa dan Tuhannya."
Kita harus sedar bahawa semua orang mempunyai masalah. Mengapa begitu ketetapan Allah? Kerana Allah sayangkan kita , Allah tidak pernah lupakan kita, supaya kita menjadi lebih sabar dan supaya kita menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur. Ada satu kata-kata yang berbunyi : Whatever happen, there might be a reason after that." InshaAllah kita akan menjadi seseorang yang lebih sabar jika kita berfikir lebih positif. Wallahua'lam
Tuesday, October 16, 2012
KONSEP BERHIAS BAGI WANITA
Islam itu indah dan tidak menghalang keelokan dan kecantikan. sesiapa sahaja boleh mempraktikkan unsur keindahan yang dianjurkan agama dalam kehidupannya. Syaratnya, jangan pula mencemarinya dengan sesuatu yang jijik dan kotor, iaitu apa-apa jua perbuatan yang melanggar batasan syariat.
Termasuk terhadap keindahan manusia ialah mempamerkan kenactikan dirinya kepada orang lain. Dalam erti kata yang lain, berhias atau bersolek. Ia dapat difahami apabila seorang perempuan mempamerkan perhiasan yang ada pada dirinya kepada lelaki ajnabi (bukan mahram). Jika dia adalah suaminya sendiri, maka tidak menjadi masalah. Tetapi, jika bukan suami yang melihat kecantikan tersebut, nescaya ia mengundang dosa dan murka Allah s.w.t. maka kecantikan yang ada pada seorang wanita pada tubuh badannya seperti leher, dada, rambut dan sebagainya hendaklah ditutup. Malah, jika wajah dan kedua-dua tapak tangannya yang asalnya diharuskan untuk melihatnya, tetapi disolekkan dengan solekan yang melampau dan boleh menyebabkan kecenderungan kaum lelaki melihat dan tertarik kepadanya, ia dilarang.
menjadi Wanita Solehah Idaman kami ..
Beberapa jenis perhiasan yang dibenarkan untuk diperhatikan adalah celak, cincin, dan gelang. Namun perlu diingatkan agar ia tidak berlebih-lebihan, kerana hukum syarak menentukan sebaliknya. segala perbuatan yang mengundang fitnah dan menggerakkan syahwat, ia dilarang dalam Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian sewajarnya agar kita tidak menjadi penyumbang kepada keruntuhan islam dan umatnya. Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk mengamalkan apa yang diperintahkan oleh-Nya.
BERHIAS BOLEH TETAPI.....
- Pakaian tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit
- Bukan menutup bahagian rambut sahaja, tetapi seluruh bahagian kecuali muka dan tapak tangan
- Pakaian perlu longgar supaya tidak kelihatan bentuk badan
- Tidak berjalan dengan lenggang-lenggok
- Memakai wangi-wangian sekadar keperluan, bukannya untuk menarik perhatian lelaki.
Monday, October 1, 2012
Tuesday, September 4, 2012
RAPUH
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupu
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
Sunday, July 15, 2012
PRAKTIKKAN RASA UKHUWAH SESAMA SAUDARA
Islam telah menggariskan dasar-dasar dan cara yang positif
dalam usaha mempererat ikatan cinta kasih dan roh ukhuwah. Jika dasar-dasar ini
dipegang teguh oleh umat Islam, maka persaudaraan itu akan semakin kukuh. Beberapa
panduan untuk mencapai pengukuhan roh ukhuwah , antaranya :
1-
Menyatakan Rasa Kasih
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“ Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahu
kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
2-
Saling Mendoakan
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya : “ Doa
seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang
berjauhan akan diterima oleh Allah s.w.t.” (Riwayat Muslim)
3-
Menampakkan Wajah Yang Ceria
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a bahawa
Rasulullah bersabda maksudnya: “ Janganlah engkau meremehkan apa-apa sahaja
kebaikan (yang datang daripada saudaramu). Jika engkau berjumpa saudaramu,
berikan dia senyuman kegembiraan.” (Riwayat Muslim)
4-
Bersalaman Apabila Bertemu
Rasulullah s.a.w. menganjurkan umatnya
untuk berjabat tangan apabila bertemu dengan saudara mereka. Hal ini sesuai
dangan hadis yang bermaksud : “ Tidak ada dua orang Mukmin yang berjumpa,
kemudian mereka berjabat tangan melainkan kedua-dua kan diampunkan dosa-dosa
mereka sebelum berpisah.”(Riwayat Abu Daud)
5-
Menziarahi
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda , Allah
berfirman yang bermaksud : “ Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang
yang saling berziarah kerana Aku, orang yang saling memberi kerana Aku, orang
yang saling berhubungan kerana Aku, mereka semua berhak mendapat kasih
sayang-Ku (Riwayat Ahmad)
6-
Sebarkan Salam
Rasulullah s.a.w. bersabda, ertinya : “ Hak
seorang Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam : jika kamu bertemu dengannya,
ucaplah salam kepadanya….” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
7-
Memberi Hadiah
Imam Dailami meriwayatkan daripada Anas
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Kerapkan saling memberi hadiah
kerana hadiah itu dapat meneguhkan rasa cinta dan menghilangakan kekotoran
hati.”(Riwayat al-Tabrani)
8-
Cakna Keperluan Saudara
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda, ertinya : “Sesiapa yang meringankan beban
penderitaan seorang Mukmin di dunia, pasti Allah akan meringankan beban
penderitaannya di akhirat kelak. Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan
susah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang
menutup aib seorang Muslim pasti Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan
akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong
saudaranya.” (Riwayat Muslim)
Saturday, July 7, 2012
CINTA ALLAH
Sebenarnya kepada siapa kita harus mencinta?
Kepada siapa kita harus merindu?
Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya.
Adakah kepada kekasih hati?
Atau kepada si dia yang sentiasa diingati?
Oh Bukan, bukan...
Cinta dan Rindu sewajarnya
diserahkan kepada Allah.
Ini bukanlah sesuatu yang janggal justeru
sebenarnya hati setiap manusiasecara fitrahnya
mencintai dan merindui ALLAH..
Wednesday, July 4, 2012
TIP CARA MEMPEROLEH ILMU
1- Memohon kepada Allah agar dilimpahi ilmu yang bermanfaat.
Allah memerintahkan Nabi s.a.w untuk selalu memohon kepada-Nya agar ditambah ilmu, Firman Allah s.w.t dalam surah Taha, ayat 114 yang bermaksud : Dan katakanlah ( wahai Muhammad), " Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu pengetahuan kepadaku."
2- Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan rindu akan ilmu.
Disamping itu hendaklah mencintai dengan tulus ikhlas terhadap ilmu seraya mencari redha Allah serta mencurahkan segala daya upaya untuk menuntut ilmu tentang al-Quran dan hadis
3- Menjauhi diri dari seluruh perbuatan maksiat dengan cara bertakwa kepada Allah.
Imam Malik berkata kepada Iman Syafie, " Aku telah meletakkan cahay dalam hatimu, maka janganlah engkau padamkan cahaya tersebut dengan kegelapan maksiat."
4- Tidak bersikap sombong dan tidak merasa malu dalam mencari ilmu.
Aisyah r.ha berkata (bermaksud) : sebaik-baik perempuan adalah perempuan Ansar! kerana mereka tidak pernah malu mendalami ilmu agama.
5- Ikhlas dalam menuntut ilmu dan dalam mengamalkanya.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam senuah hadis riwayat Abu Daud (yang bermaksud) : " seseorang yang menuntut ilmu, di mana sepatutnya ilmu tersebut hanya dicari kerana Allah, tetapi dia mencari ilmu tersebut hanya mendapat kesenangan dunia, maka nescaya ia tidak akan mendapat bau harum syurga pada hari kiamat nanti."
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)

.jpg)


.jpg)