" Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya ialah orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam."
MY FOLLOWERS
Sunday, July 15, 2012
PRAKTIKKAN RASA UKHUWAH SESAMA SAUDARA
Saturday, July 7, 2012
CINTA ALLAH
Wednesday, July 4, 2012
TIP CARA MEMPEROLEH ILMU
1- Memohon kepada Allah agar dilimpahi ilmu yang bermanfaat.
Allah memerintahkan Nabi s.a.w untuk selalu memohon kepada-Nya agar ditambah ilmu, Firman Allah s.w.t dalam surah Taha, ayat 114 yang bermaksud : Dan katakanlah ( wahai Muhammad), " Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu pengetahuan kepadaku."
2- Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan rindu akan ilmu.
Disamping itu hendaklah mencintai dengan tulus ikhlas terhadap ilmu seraya mencari redha Allah serta mencurahkan segala daya upaya untuk menuntut ilmu tentang al-Quran dan hadis
3- Menjauhi diri dari seluruh perbuatan maksiat dengan cara bertakwa kepada Allah.
Imam Malik berkata kepada Iman Syafie, " Aku telah meletakkan cahay dalam hatimu, maka janganlah engkau padamkan cahaya tersebut dengan kegelapan maksiat."
4- Tidak bersikap sombong dan tidak merasa malu dalam mencari ilmu.
Aisyah r.ha berkata (bermaksud) : sebaik-baik perempuan adalah perempuan Ansar! kerana mereka tidak pernah malu mendalami ilmu agama.
5- Ikhlas dalam menuntut ilmu dan dalam mengamalkanya.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam senuah hadis riwayat Abu Daud (yang bermaksud) : " seseorang yang menuntut ilmu, di mana sepatutnya ilmu tersebut hanya dicari kerana Allah, tetapi dia mencari ilmu tersebut hanya mendapat kesenangan dunia, maka nescaya ia tidak akan mendapat bau harum syurga pada hari kiamat nanti."
Sunday, January 15, 2012
KHUSYUK DI MASJID, JUJUR DI PASAR
Imam Abu Hanifah (w. 150H) ialah seorang peniaga sutera. Beliau menjual dan membeli sutera daripada para pelanggannya. Pada suatu hari, seorang wanita datang untuk menjual kain sutera miliknya. Abu Hanifah bertanya : “ Berapa harga yang engkau inginkan ?” Wanita itu menjawab : “ seratus dirham.”
Abu Hanifah berkata : “ Harga kain ini lebih mahal daripada itu. Berapa harga yang kau inginkan ? “ Perempuan itu menaikkan harga menjadi dua ratus dirham. Abu Hanifah tetap berkata: “ Harganya lebih mahal daripada itu.”
Perempuan itu terus menambah harganya sehingga mencapai empat ratus dirham. Namun Abu Hanifah tetap berkata : “ Harganya lebih daripada itu.”
Akhirnya perempuan itu berkata : “ Engkau hendak mempermainkan aku? “ Abu Hanifah mejawab :
“ Tidak”. Jika engkau mahu tahu, sila datangkan seseorang yang benar-benar tahu harga sebenar kain ini”.
Wanita itu lalu menghadirkan seseorang yang mengetahui harga sebenar kain tersebut. Orang itu menilai kain itu dengan harga lima ratus dirham. Imam Abu Hanifah lalu membelinya dengan harga tersebut.
Kejujuran seperti ini yang kita harapkan daripada setiap orang yang melakukan solat. Dia tidak sekali-kali cuba mengambil kesempatan atas kekurangan orang lain, walaupun dia mampu melakukannya, apalagi menipu untuk keuntungan peribadi.
Wednesday, December 14, 2011
Susahnya Mengungkap kemaafan

“Maaf” adalah satu ungkapan yang ringkas tetapi susah untuk bermain di bibir manusia yang memang tidak lekang dengan kesilapan , samada sesama manusia mahupun Pencipta Agung. Bukankah ungkapan tersebut melembutkan hati si pendengar walaupun dalam keadaan amarah yang menguasai diri, ia diibaratkan seperti melembutkan tanah yang keras.
Kadang-kadang manusia sangat ego untuk hanya menyebut perkataan maaf ,mungkin dia akan rasa teruk sangat ke aku?, apa salah aku?, kenapa aku yang kena minta maaf? Banyak sungguh persoalan yang bermain di minda. Ketahuilah dengan menyebut perkataan maaf, dapat menyenangkan hati dan fikiran. Bagi yang mudah memohon maaf, dia adalah seorang pemilik hati yang sabar, lemah lembut dan ketaatan yang tinggi kepada Allah.
Dalam konteks seorang hamba, dia mempunyai waktu meluahkan rasa cinta dan rasa bersalahnya sebagai seorang hamba. matanya mengalirkan mutiara-mutiara jernih dengan hanya menyebut ampunilah hambaMu ini, Air mata yang mengalir dapat mebersihkan jiwa yang dikotori dengan dosa dan nista. Kerana itulah kita digalakkan beristigfar tanpa mengira masa, paling kurang pun, beristigfarlah seusai menunaikan solat, lafaz yang membawa maksud ampunilah daku sangat kena dengan diri sebagai seorang hamba.
Begitu juga, kemaafan kepada manusia sangat dituntut kerana ia akan melahirkan rasa kasih sayang yang berpanjangan. Cuba kita renungkan , berapa kali kita telah meminta kemaafan terhadap kedua ibu bapa kita ? adakah apabila tibanya hari raya atau tibanya sangat kematian? Klu itu yang anda fikirkan, anda silap ! Sebenarnya kemaafan yang mesti diungkapkan kepada ibu bapa kita adalah setiap hari. Kita hamba yang lemah, yang banyak kekurangan , perlunya meminta maaf kerana kekurangan yang ada, mungkin kita tidak sedar hatinya terguris atau terluka. Jangan lah menunggu waktu kerana kita tidak mengetahui apa yang bakal terjadi.
Yang bersalah, wajarlah untuk dia memohon maaf dan melakukan anjakan paradigma untuk berubah dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ayuh, jangan kita tangguh lagi, mohon maaflah kepada yang kita sakiti dan berilah kemaafan kepada yang meminta. Contohilah kekasih Allah , Muhammad s.a.w seorang suka memohon maaf dan memaafi. Mulianya kemaafan.
Friday, October 7, 2011
KELEBIHAN BANGUN PAGI

Wednesday, May 4, 2011
TANDA-TANDA HUSN AL-KHATIMAH

Perkongsian pada kali ini berkaitan dengan husn al-khatimah.Sudah pasti setiap Muslim mengimpikan kematian dalam iman(kesudahan yang baik).Tetapi husn al-khatimah perlulah diusahakan dari awal usia kerana mati itu bila-bila masa sahaja.
Antara tanda-tanda husn al-khatimah ialah :
1. Diakhiri dengan lafaz syahadah
daripada Mu'az r.a bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimaksudkan ke dalam syurga." (riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
2. Dahinya berkeringat
Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata: "Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda (maksudnya):'Matinya seorang Mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (riwayat Ahmad, al-Nasa'i, al-Tirmizi, Ibn Majah dan lain-lain)
3. Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pasa malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya daripada seksa kubur".(riwayat Ahmad)
4. Mati dalam keadaan sedang melakukan ibadah seperti mati ketika sedang solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.
5. Pujian daripada orang Islam terhadap si mati.

.jpg)


.jpg)
