MY FOLLOWERS

Friday, May 24, 2013

PERASAAN BILA KENA MARAH



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... 

Pada hari ini, saya ingin membincangkan satu topik yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan setiap orang, iaitu dimarahi. Apa perasaan anda ketika itu dan bagaimana anda mengatasi atau mengawal situasi sedemikian? haha.. tepuk dada, tanyalah diri... 

Jujur dari hati, saya memang tak suka dimarahi. Sangat-sangat tak suka apatah lagi apabila perkara yang salah itu bukan saya yang buat, akan tetapi tetap dimarahi.  Bagi saya itulah lumrah kehidupan. Perasaan saya cukup sedih apabila kena marah, seolah-olah dunia ni gelap seketika, terasa macam dihentam-hentam. Memang dah adat, kalau dah salah, mesti kena betul, kena tegur dan kena marah. 

Tapi cuba renungkan seketika, kenapa kita kena marah? salah kita kan, cuma nak mengaku salah, masing-masing tak nak mengaku dan terus dengan keangkuhan dan keegoan yang merajai diri sendiri. 

Bagaimana kita nak menghadapi situasi ini? Terima dengan seadanya, redha dengan  apa yang berlaku. Mungkin ada hikmahnya. Manusia jika tidak ditegur, dia tetap berada dalam takuk yang lama. Sekurang-kurangnya, apabila dimarahi kita tahu di mana kesilapan kita dalam membuat sesuatu pekerjaan. Di samping kita juga mengambil serius dengan apa yang berlaku dan membaiki kesilapan tersebut. 

Tetapi, kenapa kita tetap tak boleh terima kalau dah kena marah? hahaha... Ubahlah persepsi diri sendiri, supaya kita terus maju dan mendapat kejayaan yang diimpikan. Anggaplah ini adalah liku-liku kehidupan dalam mencapai kecemerlangan yang diimpikan. Maafkan diri sendiri dan meminta maaf dengan orang yang tengah beremosi dengan kita tu. 

Reaksi yang perlu dielakkan ketika kena marah adalah marah balik atau berlawan mulut dengan orang tersebut. Jikalau orang tersebut ibubapa kita? Guru-guru kita? Pensyarah kita? Boss kita? Bagaimana kawan-kawan? Usah sekali-kali kita berlawan mulut dengan orang yang lebih tua pada kita bahkan mereka semua lah yang akan membimbing kita, mendoakan kita, mendidik kita hingga berjaya. Hati kena ikhlas menerima teguran daripada mereka. 

Usah sekali-kali menyimpan perasaan dendam pada mereka. Bahkan doakan mereka supaya lembut hati dan sentiasa memahami diri kita - perkara yang betul dan baik je lah. 

Selain itu, tenangkan hati anda dengan membaca al-Quran, berzikir dan muhasabah kembali dengan peristiwa tersebut. Nak lebih sedap, mesti korang semua tidur je lebih baik kan. Ambillah pengajaran dengan apa yang berlaku. Jika difikirkan kembali, sebenarnya orang yang marah kat kita, mereka sayangkan kita tau, mereka nak lindung kita, mereka nak jaga kita sebaiknya,  sebab tu lah mereka marah kita. hehehe. Contoh macam ayah marah anaknya, sebab tak siapkan kerja sekolah, ayah sayangkan anak itu supaya anak itu jadi rajin dan pandai sehinggalah menjadi orang yang berjaya dan berguna pada masyarakat, negara dan agama. 

Aduh, banyak pulak saya berceloteh di sini, hehe... moga kalian mendapat input dan informasi yang berguna pada kali ini. Jumpa lagi. 
Assalamualaikum.wbt. 

Thursday, May 23, 2013

TIPS GEMBIRA SEPANJANG HARI



 Tips Gembira Sepanjang Hari 

Bagaimanakah perasaan anda pada setiap hari? Sentiasa gembira atau kadang-kadang terasa amat sedih? atau tiada perasaan sedih mahupun gembira? pelik tapi segelintir manusia mengalami perasaan tersebut. Ingin tahu bagaimana diri anda boleh gembira sepanjang hari.  

Jom sama-sama kita amalkan tips yang bermanfaat ini.
 

1- Senyum 


Pada waktu pagi anda mestilah senyum tanda gembira supaya muka anda sentiasa ceria dan perasaan anda berasa sangat gembira. Mengapa perlu masam setiap detik. Duhai kawan-kawan senyum itu ibadah, "Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah."( Hadis Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Baihaqi) 

2- Mulakan dengan Bismillah


Mulakan pagi hari dengan Bismillah yang bermaksud "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." Lafaz Bismillah ini dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan was-was 


3- Bersyukur


Ucaplah Alhamdulillah tanda syukur kepada Allah SWT. Kita mestilah bersyukur kerana masih diberi nafas pada pagi ini dengan dapat melihat sinaran matahari dan menghirup udara segar kurniaan Allah. Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk melakukan dan menjadi yang terbaik dan lebih baik daripada semalam.  


4- Tekad bermotivasi 


Motivasi harus dijaga, dan sekiranya tidak dipelihara ia akan menjadikan kita tidak bersemangat untuk mencapai apa yang diimpikan. Sebaiknya lihat kembali nota-nota kecil yang ditampal di dinding apa matlamat dan tujuan hidup kita supaya kita sentiasa bermotivasi dalam mengejar sesuatu kejayaan dan impian selama ini


5- Maafkan orang lain


Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerunsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.  



 p/s : semoga bermanfaat dan gembira sepanjang hari!




MAKAN UNTUK SIHAT

  
Makan untuk sihat 

Masalah yang berkaitan dengan pemakanan ini tidak hanya melanda golongan dewasa, para pelajar dan remaja turut terlibat sama. Berdasarkan gambar  diatas, kanak-kanak tersebut ragu-ragu dalam pemilihan makanan yang sihat. Oleh itu, ibubapa harus menyarankan anak-anak merekaa supaya makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan. 

Apa yang kita harapkan daripada makanan yang disuap ke mulut kita ialah keberkatan. Dengan makanan yang berkat itulah kita akan memperoleh tenaga yang untuk sihat dan beribadat kepada Allah SWT. Makanan yang tidak berkat masuk ke badan kita, besar kemungkinan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Untuk mencari contoh terbaik dalam soal pemakanan, kita perlu mengikut cara dan tertib Rasulullah SAW. Baginda telah memberi satu panduan yang cukup berkesan dalam soal pemakanan, agar makanan yang masuk ke badan kita benar-benar berkualiti dan terhindar daripada penyakit : 

1. Tidak manghina makanan 

Makanan tidak boleh dihina dengan apa-apa jua alasan, meskipun ia tidak disukai. Rasulullah SAW tidak pernah menghina makanan yang diberikan kepada Baginda. 
  
2. Membaca doa sebelum dan sesudah makan 

Makan dan apa-apa juaga aktiviti orang Islam sebenarnya ialah ibadat. Ia harus dimulakan dan diakhiri dengan nama Allah SWT. 

DOA SEBELUM MAKAN 
"Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami dan jauhilah kami daripada azab api neraka." (Riwayat al-Nasa'i)

DOA SELEPAS MAKAN 
"Maha suci Allah yang telah memberi rezeki kepada kami, dan menjadikan kami daripada golongan Muslimin." (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud) 

3. Makan dengan sedikit 

Salah satu diet Rasulullah yangbaik ialah diet yang seimbang. Rasulullah memberi penekanan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit sebagai langkah untuk mengelakkan penyakit. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidak ada yang lebih buruk daripada seseorang yang mengenyangkan perutnya. Mencukupi untuk anak Adam mengambil beberapa suap makanan untuk melegakan laparnya. Jika dia mahu lebih daripada itu, memadai perutnya untuk satu pertiga makanan, satu pertiga air dan satu pertiga untuk dia bernafas." (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah) 

4. Makan dengan perlahan 

Makan dengan perlahan amat disarankan untuk tujuan kesihatan. Ini membolehkan senaman pada rahang dan juga membolehkan pencernaan makanan dengan enzim yang terdapat dalam air liur. Percernaan yang berkesan dapat berlaku kerana makanan dapat dikisar kepada bentuk yang lebih kecil.

5. Makan berjemaah 

Makan bersama-sama boleh mewujudkan keadaan yang harmoni dan persefahaman yang baik. Islam menganjurkan setiap keluarga untuk makan secara berjemaah kerana ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mewujudkan persefahaman yang baik. 

Hadis Nabi SAW mafhumnya: "Makanlah bersama-sama dan janganlah berasingan, keberkatan itu bersama-sama dengan jemaah (kumpulan). " (Riwayat Ibn Majah)

p/s: makanlah untuk sihat dan beribadat kepada Allah. 


  

Tuesday, May 21, 2013

KAWAN BUKAN LAWAN





Kawan bukan lawan

Wahai rakan-rakan sekalian, unsur yang paling penting dalam persahabatan adalah kepercayaan dan kejujuran. Menghuraikan makna percaya dan jujur, seharusnya dalam bersahabat itu kurangkan rasa syak wasangka dan  prasangka buruk. 

  Selain itu, cuba untuk membina pemikiran yang positif terhadapnya. Andai terzahir kesalahan yang dilakukan, selidiki dan selami diri mereka, kerana mungkin ada alasan munasabah di sebaliknya. Jika kesalahan itu berlaku tanpa alasan yang benar, bina semula semula kepercayaan antara satu sama lain dan jangan sekali-kali memutuskan kesucian silaturahim ini.

 Apabila 'kawan makan kawan' terjadi. guna rasional akal untuk menyelesaikannya. Ya, sudah pasti kesedihan melanda kerana sahabat yang dipercayai telah melakukan perkara yang menyakitkan. 

 Rasional akal tidak akan membalas dendam terhadap kejahatan dan kesalahan yang dia lakukan terhadap kita, bahkan menjadikan kita lebih berhati-hati dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengubah sahabat itu ke arah kebaikan.

p/s: jangan sekali-kali hancurkan kepercayaan seseorang... 

Friday, May 17, 2013

Tidur dan Istirehat




Tidur dan Istirehat  


Tidur adalah proses fisiologi yang normal, bersifat aktif, teratur dan berulang. Selain itu, tidur juga merupakan suatu fenomena yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia. Apabila kita kurang tidur, otak boleh berubah secara tidak terkawal yang menjadi punca utama kegagalan terhadap konsentrasi atau tumpuan mudah hilang.

Ingin saya kongsikan sedikit info yang amat berguna kepada pembaca sekalian kerana tidur kebiasaan menjadi rutin utama kita... hi3. 

Jangka Waktu Tidur yang Menyihatkan 

Point yang pertama adalah jangka waktu tidur yang menyihatkan. Pada pendapat anda, berapa jam masa ideal bagi individu itu tidur? 6 jam atau 8 jam? Jawapan anda 8 jam. MasyaAllah, lamanya. Tetapi, adakah anda tahu bahawa individu yang biasa tidur 8 jam memiliki risiko kematian yang lebih cepat berbanding mereka yang tidur 6 hingga 8 jam sehari yang ternyata memiliki umur yang lebih panjang. Fakta ini telah dikaji oleh ahli psikiatri dari Universiti California, Daniel E Kripke. Beliau melakukan penelitian menarik mengenai jangka masa tidur individu yang dikaitkan dengan angka kematian dan kajian ini dilakukan di Jepun dan Amerika Syarikat selama 6 tahun dengan responden yang berusia 30-120 tahun. 

Sunat Tidur Siang Sejenak 

Point kedua yang menarik adalah sunat tidur siang sebentar atau dinamakan 'qaululah' . Ketika menjelang waktu zohor, Rasulullah selalu tidur siang sejenak. Tidur sekejap ini dapat memberi kepuasan dan ketenangan pada tubuh badan yang sudah penat lelah bekerja dari sepanjang pagi. Selain itu, dapat memberi tenaga baru kepada tubuh untuk bergerak dengan cergas. Tidur singkat yang dimaksudkan oleh Rasulullah adalah sebagai simpanan. Anda direkomenkan tidur sejenak sekitar 15-20 minit supaya bertenaga untuk meneruskan kerja selepas mendapat rehat yang berkualiti. 

Masa tidur yang dilarang

Tidur pada waktu pagi selepas solat Subuh, pada waktu petang selepas solat Asar dan tidur selepas makan adalah amalan-amalan buruk. Suatu ketika dahulu, Ibnu Abbas pernah melihat anaknya tidur pagi, beliau berkata kepada anaknya itu, 

"Apakah kamu tidur pada saat rezeki dibahagi-bahagikan?"

Selain itu, Rasulullah pernah berkata,"Janganlah kalian tidur selepas makan kerana ini menyebabkan hati menjadi keras."

Pada ekstrem yang lain, tidur selepas makan malam boleh membawa kepada kegemukan atau obesiti. 

Posisi Tidur Rasulullah yang Sihat 

Tidur ke arah kanan adalah posisi yang baik di mana paru-paru kiri yang lebih kecil daripada sebelah kanan memberi tekanan yang sangat kecil kepada jantung. Manakala jika tidur mengiring ke sisi kiri boleh menyebabkan jantung menjadi tertekan oleh paru-paru kanan. Paru-paru sebelah kanan adalah pariu-paru yang lebih besar dan posisi mengiring ke kiri boleh mempengaruhi kontraksi jantung. Maka, elakkan dari tidur mengiring  ke sebelah kiri. 
Selain itu, Rasulullah tidur dengan mengiringkan tubuhnya ke arah kanan, sambil berzikir kepada Allah sampai matanya terasa berat. Apabila mahu tidur baginda berdoa; " Ya Allah, dengan namaMu, aku hidup dan mati," 

Ketika bangun baginda berdoa; Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami kembali."

p/s: moga input yang dikongsikan bermanfaat kepada rakan-rakan. Amalkan cara tidur yang betul dan sihat. Selamat beramal.
  

  









Wednesday, May 15, 2013

BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH


SYUKUR 


Adakah kita akan rasa bersyukur setelah mendapat rezeki dan nikmat yang melimpah-ruah; sesuatu yang kita idamkan dan impikan selama ini menjadi kenyataan, barulah kita mengucapkan 'Alhamdulillah Ya Allah'... 
 Fikir-fikirkanlah sejenak dan jadikan renungan bersama.

Erti syukur adalah terima kasih kepada Allah Taala. Sebagai seorang muslim, kita haruslah mengucap 'ALHAMDULILLAH' yang bermaksud 'Segala puji bagi Allah', tanda bersyukur kepada Tuhan.

Cerita ringkas tentang syukur. Sebagai seorang pelajar universiti sentiasa inginkan markah yang tinggi dan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Berlakulah perbualan pendek antara Sahabat A dan Sahabat B.
Sahabat A: Tinggi awak punya markah assignment. 
Sahabat B: Betul ke? Ntah-ntah dapat sikit je.

Selepas Sahabat B dapat assignment tersebut, dia jumpa kembali Sahabat A.

Sahabat B: Mana ada tinggi, biasa je markah saya. 
Sahabat A: Tinggi la tu, bersyukur, bersyukur.
Sahabat B: (Terasa insaf dan bersyukur dengan keputusan yang diperolehi). Alhamdulilah ya Allah.. 

p/s: bersyukurlah sentiasa...   



  

Sunday, May 12, 2013

HUSNU DZON

  
BAIK SANGKA (Husnu dzan

 Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Allah s.w.t berfirman,’ Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku.”
(Riwayat Al-Bukhari)


Rasulullah s.a.w bersabda , maksud hadis riwayat muslim:
“ Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.”
Apa maksud bersangka baik dengan Allah? Bersangka baik di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.

Dengan siapa kita perlu bersangka baik ?
Dengan Allah lebih utama kemudian sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama muslim.

Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah :
 
1.Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.

2.Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya.

3.Apabila dia berdosa, segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.

4.Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa disebalik ujian itu ada hikmahnya.
 
                   Reaksi seorang hamba yang bersangka baik sesama manusia lain

1.Memandang seseorang dari sudut positif dan mengabaikan sisi negatif 

  2.Tidak menyebarkan keburukan saudara seislam yang lain

 3.Nasihat-menasihati andai ada kekurangan yang terserlah pada individu tersebut

 4.Saling mendoakan kesejahteraan

 5.Mudah memaafkan

semoga hati-hati kita dilimpahi baik sangka dengan segala-galanya,
baik sangka kepada Allah, sesama manusia dan
terhadap segala peristiwa yang
menimpa kita .