MY FOLLOWERS

Saturday, January 5, 2013

POSITIF DI SEBALIK MASALAH



 Manusia tidak pernah lari daripada masalah sama ada kanak-kanak, remaja , mahupun dewasa . Masalah yang menimpa berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing .

Namun, perkara yang ingin ditekankan ialah cara menangani masalah tersebut, Banyak kes  yang berlaku kini, ramai yang mengambil jalan mudah untuk meredakan tekanan dengan cara membunuh diri. Tiada syurga buat hamba Allah yang membunuh diri. Ada juga yang terlibat dengan masalah sosial terutamanya golongan remaja. 

Apabila kita memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan misalnya, tidak melayakkan diri kita mendapat tawaran mana-mana universiti. Hal ini menimbulkan rasa sedih, tambahan pula jika kita sudah berusaha sehabis baik tetapi keputusan yang diperoleh tidak memadai. Sedarlah bahawa ketika itu Allah sedang menguji dan ujian tersebut bukanlah sesuatu yang tidak mampu kita tangani. 

SERAH KEPADA ALLAH 

Mari kita berfikir secara positif, kita tidak memperoleh keputusan yang baik kerana itu mungkin akan menimbulkan perasaan riyak. Ya, kita tidak tahu apa yang terbaik untuk masa hadapan kita. Maka serahkan sahaja urusan menentukan kehidupan tersebut kepada Allah. 

Seperti yang diceritakan dalam surah al-Kahfi, ayat 66 hingga 82 iaitu kisah pengembaraan Nabi Musa a.s bersama Nabi Khidir. Dalam pengembaraan tersebut, mereka telah membuat perjanjian supaya Nabi Musa tidak boleh mempersoalkan setiap perbuatan Nabi Khidir. Ada suatu ketika Nabi Khidir telah membunuh seorang anak kecil. Pada akhir pengembaraan sebelum mereka berpisah, Nabi Khidir berkata kepada Nabi Musa : " Anak itu apabila besar nanti akan menjadi seorang anak yang derhaka kepada ibu bapa dan Tuhannya."

Kita harus sedar bahawa semua orang mempunyai masalah. Mengapa begitu ketetapan Allah? Kerana Allah sayangkan kita , Allah tidak pernah lupakan kita, supaya kita menjadi lebih sabar dan supaya kita menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur. Ada satu kata-kata yang berbunyi : Whatever happen, there might be a reason after that." InshaAllah kita akan menjadi seseorang yang lebih sabar jika kita berfikir lebih positif. Wallahua'lam