MY FOLLOWERS

Tuesday, October 16, 2012

KONSEP BERHIAS BAGI WANITA

Islam itu indah dan tidak menghalang keelokan dan kecantikan. sesiapa sahaja boleh mempraktikkan unsur keindahan yang dianjurkan agama dalam kehidupannya. Syaratnya, jangan pula mencemarinya dengan sesuatu yang jijik dan kotor, iaitu apa-apa jua perbuatan yang melanggar batasan syariat.

Termasuk terhadap keindahan manusia ialah mempamerkan kenactikan dirinya kepada orang lain. Dalam erti kata yang lain, berhias atau bersolek. Ia dapat difahami apabila seorang perempuan mempamerkan perhiasan yang ada pada dirinya kepada lelaki ajnabi (bukan mahram). Jika dia adalah suaminya sendiri, maka tidak menjadi masalah. Tetapi, jika bukan suami yang melihat kecantikan tersebut, nescaya ia mengundang dosa dan murka Allah s.w.t. maka kecantikan yang ada pada seorang wanita pada tubuh badannya seperti leher, dada, rambut dan sebagainya hendaklah ditutup. Malah, jika wajah dan kedua-dua tapak tangannya yang asalnya diharuskan untuk melihatnya, tetapi disolekkan dengan solekan yang melampau dan boleh menyebabkan kecenderungan kaum lelaki melihat dan tertarik kepadanya, ia dilarang.

                                           menjadi Wanita Solehah Idaman kami ..

Beberapa jenis perhiasan yang dibenarkan untuk diperhatikan adalah celak, cincin, dan gelang. Namun perlu diingatkan agar ia tidak berlebih-lebihan, kerana hukum syarak menentukan sebaliknya. segala perbuatan yang mengundang fitnah dan menggerakkan syahwat, ia dilarang dalam Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian sewajarnya agar kita tidak menjadi penyumbang kepada keruntuhan islam dan umatnya. Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk mengamalkan apa yang diperintahkan oleh-Nya. 

 BERHIAS BOLEH TETAPI.....

  • Pakaian tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit 
  • Bukan menutup bahagian rambut sahaja, tetapi seluruh bahagian kecuali muka dan tapak tangan 
  • Pakaian perlu longgar supaya tidak kelihatan bentuk badan
  • Tidak berjalan dengan lenggang-lenggok
  • Memakai wangi-wangian sekadar keperluan, bukannya untuk menarik perhatian lelaki.  



Monday, October 1, 2012