MY FOLLOWERS

Sunday, July 15, 2012

PRAKTIKKAN RASA UKHUWAH SESAMA SAUDARA



Islam telah menggariskan dasar-dasar dan cara yang positif dalam usaha mempererat ikatan cinta kasih dan roh ukhuwah. Jika dasar-dasar ini dipegang teguh oleh umat Islam, maka persaudaraan itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk mencapai pengukuhan roh ukhuwah , antaranya :
1-      Menyatakan Rasa Kasih
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “ Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahu kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
2-      Saling Mendoakan
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya : “ Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan akan diterima oleh Allah s.w.t.” (Riwayat Muslim)
3-      Menampakkan Wajah Yang Ceria
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “ Janganlah engkau meremehkan apa-apa sahaja kebaikan (yang datang daripada saudaramu). Jika engkau berjumpa saudaramu, berikan dia senyuman kegembiraan.” (Riwayat Muslim)
4-      Bersalaman Apabila Bertemu
Rasulullah s.a.w. menganjurkan umatnya untuk berjabat tangan apabila bertemu dengan saudara mereka. Hal ini sesuai dangan hadis yang bermaksud : “ Tidak ada dua orang Mukmin yang berjumpa, kemudian mereka berjabat tangan melainkan kedua-dua kan diampunkan dosa-dosa mereka sebelum berpisah.”(Riwayat Abu Daud)



5-      Menziarahi
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda , Allah berfirman yang bermaksud : “ Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku, orang yang saling memberi kerana Aku, orang yang saling berhubungan kerana Aku, mereka semua berhak mendapat kasih sayang-Ku (Riwayat Ahmad)
6-      Sebarkan Salam
Rasulullah s.a.w. bersabda, ertinya : “ Hak seorang Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam : jika kamu bertemu dengannya, ucaplah salam kepadanya….” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
7-      Memberi Hadiah
Imam Dailami meriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Kerapkan saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat meneguhkan rasa cinta dan menghilangakan kekotoran hati.”(Riwayat al-Tabrani)
8-      Cakna Keperluan Saudara
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ertinya : “Sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang Mukmin di dunia, pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim pasti Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)




Saturday, July 7, 2012

CINTA ALLAH





Sebenarnya kepada siapa kita harus mencinta?
Kepada siapa kita harus merindu?
Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya.
Adakah kepada kekasih hati?
Atau kepada si dia yang sentiasa diingati?
Oh Bukan, bukan...
Cinta dan Rindu sewajarnya 
diserahkan kepada Allah.
Ini bukanlah sesuatu yang janggal justeru
sebenarnya hati setiap manusiasecara fitrahnya
mencintai dan merindui ALLAH.. 



Wednesday, July 4, 2012

TIP CARA MEMPEROLEH ILMU

1- Memohon kepada Allah agar dilimpahi ilmu yang bermanfaat.
Allah memerintahkan Nabi s.a.w untuk selalu memohon kepada-Nya agar ditambah ilmu, Firman Allah s.w.t dalam surah Taha, ayat 114 yang bermaksud : Dan katakanlah ( wahai Muhammad), " Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu pengetahuan kepadaku."
2- Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan rindu akan ilmu.
Disamping itu hendaklah mencintai dengan tulus ikhlas terhadap ilmu seraya mencari redha Allah serta mencurahkan segala daya upaya untuk menuntut ilmu tentang al-Quran dan hadis
3- Menjauhi diri dari seluruh perbuatan maksiat dengan cara bertakwa kepada Allah.
Imam Malik berkata kepada Iman Syafie, " Aku telah meletakkan cahay dalam hatimu, maka janganlah engkau padamkan cahaya tersebut dengan kegelapan maksiat."
4- Tidak bersikap sombong dan tidak merasa malu dalam mencari ilmu.
Aisyah r.ha berkata (bermaksud) : sebaik-baik perempuan adalah perempuan Ansar! kerana mereka tidak pernah malu mendalami ilmu agama.
5- Ikhlas dalam menuntut ilmu dan dalam mengamalkanya.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam senuah hadis riwayat Abu Daud (yang bermaksud)  : " seseorang yang menuntut ilmu, di mana sepatutnya ilmu tersebut hanya dicari kerana Allah, tetapi dia mencari ilmu tersebut hanya mendapat kesenangan dunia, maka nescaya ia tidak akan mendapat bau harum syurga pada hari kiamat nanti."